Pagi yg tenang.. syafiera bangun
untuk solat subuh… matanya bengkak setelah menangis saban malam kerana
terkenangkan kisah dan peristiwa lama..
Selesai solat.. lama syafiera
sujud dan berdoa…mencari kekuatan …dan hari ini dy akan memberitahu
keputusannya kepada kedua org tuanya..
Sebelum memberitahu sebarang keputusan,
eira mengambil peluang untuk pergi menenagkan fikiran di taman … malas mahu
mmemandu sendirian.. dengan berpakaian jogging, eira melangkah keluar rumah..
baru beberapa langkah.. kepalanya berdenyut2..
Hmm ni msty sbb mlm td.. x cukup
tidur membuatkan kepalanya pening..
Namun langkah nya diteruskan
juga. Dari jauh, ikhmal melihat tingkah laku iera yg memicit2 kepalanya sambil
berjalan di hadapan rumahnya..
Mcm ade yg x kena.. ikhmal lantas
bersiap2 ingin mengekori iera dari jauh, risau sekiranya apa2 perkara yg tidak
diingini berlaku.
Pening di kepala iera beransur
pulih setelah berjalan menghirup udara segar pagi itu, syukur Alhamdulillah.
Tapi akalnya masih lagi tidak tenang memikirkan keputusannya. Ya Allah bantulah
hamba mu ini membuat keputusan. Dan semoga keputusan yg akan dilakukan ini
mendatangkan kebaikan kepada semua org termasuk dirinya sendiri.
Syafiera Elena duduk diatas buai.
Pikirannya menerawang mengingati kenangannya dengan badrul hisham. Saat itu,
mereka sama2 meluangkan masa berjogging di taman permainan yg sama.
“awak.. best kan kalau stiap
petang kite keluar jogging..”
“mmg la best kalau awak dah dapat
duduk kat buaian tu.. yg jadi mangsenye saye terpakse tolak awak… ”
“haha ah x kire kene jugak
buaikan saye.. cepat la bad..”
“ye la wahai putri ku sayangg…. ”
“ha cepat buai laju2…..”
Kenangan dibiarkan berlalu dibawa
angin, syafiera bermonolog sendirian.
‘Hmm. Macam mn la bad dekat sane
ye? Tringat x dia kat aku kat sini.. rindu x dia kat aku mcm mn ak rindu kat
dia ? dia masih sayang kat aku lagi ke x? arghhh’ kepala syafiera tergeleng2, semua yg
difikirkan amat menyesakkan fikirannya. … buat penat je fikirkan dia..
hmm..hati nya dilanda kesedihan lagi.. pilu nya hati tatkala mengingati dimana
kecurangan bad dihidu oleh nya. Sampai hati bad buat dia menderita macam nie.
“ehem3… ” bunyi dehaman
mengejutkan fikiran syafiera Elena. Lantas kepalanya menolah kebelakang dan
mendapati sesusuk tubuh seorang lelaki. Silau matahari menghalang dari dia
untuk mengamati siapakah gerangan lelaki tersebut. Syafiera bagun dari buaian
dan memandang kearah lelaki tersebut. Huh! Mamat nie rupenya.. buat saspen je
la….ingt oenculik mn la td.. sebuk jela!
Ikhmal irfan masih berdiri kaku
di tempatnya berdiri..
“hai.. awalnye jogging harini…”
ikhmal memulakan butir bicaranya
“hmm… ” ringkas yg dijawab oleh
syafiera.. malas mahu berborak.haishh kacau daun je la org nk feeling2 pun x
boleh mcmni… syafiera kembali duduk di buaian kegemarannya membelakangi ikhmal
yg masih mahu mengumpannya untuk berbual.
“aik? Hmm aje ke ? x kan da xde
idea nk sembang2 dengan ikh.. ” ikhmal mendapat satu akal. Lantas berjalan
menghampiri buaian yg diduduki syafiera..tgnnya lantas hinggap pada besi buaian
yg diduduki syafiera Elena.
“ha kalau x nk borak2 dengan ikh,
ikh tolak buai iera ni laju2 … biar terbang sampai langit..”
“ikh… x usah la kacau” iera naik
geram.
“ Xde kerje lain ke pagi2 lagi nk
kacau orang nie?” soal iera. Namun buaian yg ditolak ikhmal dibuaikan sahaja.
“sebb xde kerje la ikh cari kerja
nie.. x nmpak ke ikh tgh tolong buaikan
tuan putrinie..”
“ape putri2.. x sukela panggil
macam tu.
“hmm.. kalau x suke ikh nk pgil
ape??”
“name iera kan ade..”
“hehe xpe2 nanti ikh akan
fikirkan name yg spesel untuk bakal isteri ikh nie… ok”
“huh suke hati ikh la..”
Suasane menjadi sunyi seketika.
Mungkin ikhmal masih memikirkan nama yg sesuia untuk nya.. ah biarkan la dia
dengan dunia nya.. kini dia dalam dunianya juga.. masih mencari jawapan …
matanya memandang kearah jam ditangan kanannya..hmm sekejap lagi pukul 8.30pg.. slpas solat td dia sudah
berikrar dalam hati mahu memberi jawapan kepada kedua org tuanya. Tapi sehingga
sekarang dia masih ragu2. Tali buaian digemdam kuat2. Bunyi keluhan keluar dari
bibir iera. Seakan2 berat sekali bunyinya. Ikhmal irfan perasan seolah2 iera
sedang memikirkan sesuatu sejak dari tadi lagi.
Tiba2 buaian yg sejak tdinya
diayun ikhmal dihentikan oleh eira. Iera bangun dan berjalan mengambil tempat
duduk yang disediakan. Ikhmal menuruti langkah kaki iera dan duduk diruang
kosong disebelah syafiera Elena.
“ikh..” eira memulakan bicara..
ikhmal memandang kearah iera.
“ye? Ade ape2 ke yg eira nk bg
tahu kat ikh?” soal ikhmal.
“hmm” eira mengganguk.. dan
menyambung bicara.
“mmg ade.. sebenarnya iera dah
fikir masak2.. tentang rancangan kedua org tua kite..”
“so ape keputusan iera?”
“iera redha dan terima jodoh yg
ditentukan mama n papa iera.. iera… errr”
“eira sudi terima ikh jadi suami
eira?” lambat2 iera mengganggukkan kepala.
“tapi..”
“tapi ape? Hmm?”
“hati iera masih lagi tertutup
untuk terima cinta lelaki lain selain badrul hisham…hati iera masih kecewa..
iera takut bila iera buka hati eira , iera akan kcewe lagi sekali.. iera x nk..
” mata syafiera sudah berkaca2 tatkala itu, ikhmal disisi hanya memerhati,,
ingin digemgam tgn iera untuk memberi kekuatan namun imannya menahan.
“iera..
ikh xkan sia2kan hidup iera.. ikh akan cuba tlg iera buka hati iera untuk ikh..
lagi pun sampai bila iera nk biarkan hati iera tu tertutup buat selama2nya,
iera.. percaya lah ikh akan buat iera bhagia. Ikh akn cuba tlg iera untuk
lupakan badrul..”
“tapi
awak kena terima sy seadenye.. kekurangan sy.. mugkin kita x sama macam pasangn
lain… dan selagi sy x bersedia awk kn faham”
Keluhan
berat keluar dari bibir ikhmal..namun, dia kn bersabar sehingga iera boleh
melupakan kisah lama.
“insyaALLAH
IERA, kita kn cuba sama2” pandangan ikhmal yg kini terarah ke arahnya
menunjukkan seakan2 memberi keyakinan kepadanya. Iera menghembuskan nafas lega,
sekurang2 nya ikhmal yg bakal menjadi suaminya akan memahaminya. Kata2 ikhmal
irfan tadi menusuk kedalam hati syafiera Elena.. kini, syafiera sudah ada
jawapan yg pasti…
No comments:
Post a Comment